Tajuk Buku: Panduan Memilih Agama
Tajuk Buku: Panduan Memilih Agama
Penulis: Mhd Rosmizi Abd Rahman
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Cetakan pertama 2005
Buku yang merangkumi 186 m.s. ini menarik perhatian saya ketika memilih buku untuk dibaca di Perpustakaan Negara untuk tempoh tiga minggu ini.
Biodata Penulis menunjukkan beliau seorang beliau yang berusia 24 tahun semasa prakata buku itu ditulis. Syabas diucapkan kepada penulis muda Malaysia!
Sebab saya meminjam buku ini boleh dikaitkan dengan isu murtad yang giat didebat kebelakangan ini. Bagaimanapun, saya tidak berhajat untuk membaca buku ini dari segi penggunaan memilih agama saya, sebab saya sudah pilih, dan saya belum ragu-ragu dengan pilihan saya. Oleh itu, yang tercetak di kulit belakang buku yang berbunyi "Benarkah agama yang aku anuti?", "Kalau tidak beragama, bagaimana?" dan sebagainya tidaklah menarik minat saya. Yang saya berminat, bagaimanakah seorang penganut Islam mengemukakan isu memilih agama.
Buku itu dicetakkan harganya RM20.00, agak mahal bagi sebuah buku yang belum tentu dapat membawa saya ke arah mana-mana. Tapi oleh kerana saya boleh pinjam cuma dengan bayaran kad peminjam tahunan, tidak patut saya bersunggut untuk kes ini. Rata-rata buku sekarang berharga dalam lingkungan yang saya anggap mahal itu, dan sudah ada orang komplen harga buku sekarang tidak berpatutan.
Saya cuba mengabaikan persepsi bahawa ini sebuah buku yang mengagung-agungkan sesuatu agama dan merendahkan agama-agama lain, bagaimanapun, persepsi ini memang selalu tertonjol apabila terbaca ayat-ayat yang seolah-olah terpaksa memuji, atau sememangnya penulis ikhlas, yang mana saya tidak pasti. Maka, saya tidak dapat mengaku bahawa saya tidak memakai cermin mata yang berunsurkan persepsi bersendirian yang terpesong.
Sepintas lalu buku itu, terasa tidak banyak isi yang merupakan pendapat penulis sendiri. Misalnya para ahli falsafah yang saya minati walaupun disebut penulis, tidak terdapat karya mereka di bawah tajuk bibliografi. Saya anggap penulis memperoleh pandangan itu dari punca sekunder. Misalnya A.N. Whitehead (nampaknya cetakan nama beliau salah di m.s. 6 dengan nama Whiehead), Immanuel Kant, Paul Tillich, Sigmund Freud, L. Strauss serta para pemikir yang saya kurang tahu seperti Edward Taylor, John Herman Randall dan lain-lain. Semua buku karyawan ini tidak tertera di muka bibliografi. Saya tertanya-tanya juga samada nama Betrand Russell yang dimaksudkan dengan cetakan "Bertnart Russel" di m.s. 14 dan m.s. 16, saya "google" nama itu dan hasil carian menuju kepada www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=287 iaitu pencetak buku ini.
Oleh kerana saya pernah berusaha untuk membaca "Analect" atau "Lunyu" karya Konfusius atau Kongfuzi, saya telah kesan satu kesilapan fakta di m.s. 81, iaitu "Kebanyakan isi kandungan kitab ini adalah hasil tulisan Confucious sendiri." Itu tidak benar sebab Lunyu sebenarnya koleksi murid-muridnya apa yang dikatakan oleh Kongfuzi serta beberapa tokoh ajaran Konfusius (Lujia) seperti Yanhui, Zilu dan lain-lain. Yang menyebutkan nama senar Kung Fu Tze sebagai Chiu Kung di m.s. 80 jelas menampakkan penulis tidak begitu mendalam untuk sebutkan fakta. Jika ikut sebutan biasa Cina, ianya sepatutnya Kong Qiu (Ataupun Kung Chiu ikut ejaan penulis), sebutan Chiu Kung itu adalah cara orang barat yang gemar meletakkan nama keluarga di susunan belakang.
Contengan pensel yang menggariskan fakta salah itu agak membimbangkan saya kerana nampaknya ada budak sekolah menggunakan fakta yang kurang tepat dari buku ini untuk dijadikan bahan rujukan. Walaupun saya harus menasihat peminjam tidak mengotorkan buku kepunyaan orangramai.
Saya cuma membuka buku itu sini-sana, belum dapat membaca teliti kesemuanya, akan tetapi daripada gaya bahasa serta ketidak-telitian untuk menyebut nama orangnya, sudah terjejas kualiti dari pandangan segi bahan ilmiah.
Tapi secara keseluruhan mengikut "perasaan" saya, penulis telah menjaya dalam berlaku adil untuk menyebut 10 agama utama dunia, namun, itu tidak dibuat kesimpulan bahawa bukunya boleh dijadikan "Panduan" ikut penilaian saya.
Penulis dikatakan akan melanjutkan penyelidikannya ke tahap Saujana (Master) di biodatanya, saya berharap beliau dapat betulkan apa yang saya sebut di dalam ulasan yang belum lengkap ini. Jika masa mengizinkan, saya akan membuat kritikan yang lebih menyeluruh untuk menaikkan taraf ilmiah buku itu. Wasalam.
Penulis: Mhd Rosmizi Abd Rahman
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Cetakan pertama 2005
Buku yang merangkumi 186 m.s. ini menarik perhatian saya ketika memilih buku untuk dibaca di Perpustakaan Negara untuk tempoh tiga minggu ini.
Biodata Penulis menunjukkan beliau seorang beliau yang berusia 24 tahun semasa prakata buku itu ditulis. Syabas diucapkan kepada penulis muda Malaysia!
Sebab saya meminjam buku ini boleh dikaitkan dengan isu murtad yang giat didebat kebelakangan ini. Bagaimanapun, saya tidak berhajat untuk membaca buku ini dari segi penggunaan memilih agama saya, sebab saya sudah pilih, dan saya belum ragu-ragu dengan pilihan saya. Oleh itu, yang tercetak di kulit belakang buku yang berbunyi "Benarkah agama yang aku anuti?", "Kalau tidak beragama, bagaimana?" dan sebagainya tidaklah menarik minat saya. Yang saya berminat, bagaimanakah seorang penganut Islam mengemukakan isu memilih agama.
Buku itu dicetakkan harganya RM20.00, agak mahal bagi sebuah buku yang belum tentu dapat membawa saya ke arah mana-mana. Tapi oleh kerana saya boleh pinjam cuma dengan bayaran kad peminjam tahunan, tidak patut saya bersunggut untuk kes ini. Rata-rata buku sekarang berharga dalam lingkungan yang saya anggap mahal itu, dan sudah ada orang komplen harga buku sekarang tidak berpatutan.
Saya cuba mengabaikan persepsi bahawa ini sebuah buku yang mengagung-agungkan sesuatu agama dan merendahkan agama-agama lain, bagaimanapun, persepsi ini memang selalu tertonjol apabila terbaca ayat-ayat yang seolah-olah terpaksa memuji, atau sememangnya penulis ikhlas, yang mana saya tidak pasti. Maka, saya tidak dapat mengaku bahawa saya tidak memakai cermin mata yang berunsurkan persepsi bersendirian yang terpesong.
Sepintas lalu buku itu, terasa tidak banyak isi yang merupakan pendapat penulis sendiri. Misalnya para ahli falsafah yang saya minati walaupun disebut penulis, tidak terdapat karya mereka di bawah tajuk bibliografi. Saya anggap penulis memperoleh pandangan itu dari punca sekunder. Misalnya A.N. Whitehead (nampaknya cetakan nama beliau salah di m.s. 6 dengan nama Whiehead), Immanuel Kant, Paul Tillich, Sigmund Freud, L. Strauss serta para pemikir yang saya kurang tahu seperti Edward Taylor, John Herman Randall dan lain-lain. Semua buku karyawan ini tidak tertera di muka bibliografi. Saya tertanya-tanya juga samada nama Betrand Russell yang dimaksudkan dengan cetakan "Bertnart Russel" di m.s. 14 dan m.s. 16, saya "google" nama itu dan hasil carian menuju kepada www.pts.com.my/